Search

・・・
Setiap musibah yang Allah turunkan, pasti...

  • Share this:

・・・
Setiap musibah yang Allah turunkan, pasti ada Rahmat di sebaliknya. Cumanya, ia terpulang kepada setiap dari kita sama ada hendak mencelikkan mata atau memilih untuk sebaliknya.
.
Selepas Pandemik Covid-19 melanda dunia sejak awal tahun lepas, sudah tentu ianya banyak merencatkan perjalanan kehidupan normal saya. Namun saya memilih untuk mengambil langkah proaktif untuk mengisi waktu yang tersisa dengan sesuatu yang bermanfaat. Saya dan isteri mengambil inisiatif untuk belajar Al-Quran. Kami berdua memang boleh membaca Al-Quran dengan lancar, tetapi kami ingin berguru dengan niat untuk memperbetulkan jika ada silap dan salah dalam bacaan. Ucapan terima kasih tak terhingga kepada Kak Sheila dan Abang Din sekeluarga yang sanggup meluangkan masa mereka untuk menjadi guru Al-Quran kami sehingga sekarang.
.
Kali terakhir saya baca Al-Quran berguru adalah ketika berusia 12 tahun. Selepas khatam tu, saya hanya baca sendiri dan kadang-kadang tu sekadar bertanya dan merujuk kepada mereka yang fasih jika ada kemusykilan. Tetapi selepas baca berguru ni balik, Masyaallah banyak Makhraj yang kena di perbetulkan. Seperti komputer lah, selepas beberapa ketika, kita nak kena update software ataupun anti-virus nya, begitulah juga manusia ni. Alhamdulillah selepas setahun berguru dengan Kak Sheila, banyak peningkatan dan ilmu baru di perolehi.
.
Tetapi satu benda tentang ilmu ni, lagi banyak kita belajar, lagi kita sedar yang lagi banyak yang kita perlu pelajari. Tambahan pula dengan ilmu Al-Quran yang jelas hukumnya adalah WAJIB untuk kita sebagai seorang Muslim pelajari. Carilah peluang dan ruang untuk mempelajari ilmu Al-Quran walaupun sesibuk mana urusan harian kita. Setiap satu huruf yang kita baca itu akan diberikan sepuluh ganjaran pahala guys. Tambahan, di dalam keadaan yang sungguh tertekan sekarang ini, baca lah Al-Quran kerana ianya memberikan ketenangan. Dan yang paling penting sekali, di akhirat kelak, Al-Quran akan menjadi syafaat kepada mereka yang membacanya.
.
Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan orang yang telah mengajar kami. Sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keredhaan Mu, wahai Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Amin.
.
.
#FaktaAtauPendapat
#SajeSembang #SembangSembang
#SembangSukan #SembangInfo
#SembangPengalaman
#Apekebenda #ilmu #knowledge
#teamazizul #azizulawang


Tags:

About author
not provided